Sanggup habis RM2,000 sebulan
WANITA dan kecantikan sememangnya tidak dapat
dipisahkan. Rentetan itu membuatkan wanita di seluruh negara taksub
untuk mencari alternatif bagi memastikan diri tampil jelita.
Justeru, tidak hairanlah berikutan obses kepada kecantikan, produk kosmetik menjadi tumpuan utama.
Persoalannya, sejauh mana wanita Malaysia sanggup berbelanja besar bagi tujuan itu dan apa pandangan mereka terhadap produk kosmetik.
Ikuti laporan wartawan Utusan Malaysia, FAZRINA AYU RADUIAN dan jurugambar, MUHAMAD IQBAL ROSLI mengenai isu produk kosmetik berkenaan.
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Demi untuk tampil cantik, wanita Malaysia
dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 setiap bulan semata-mata
untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.Persoalannya, sejauh mana wanita Malaysia sanggup berbelanja besar bagi tujuan itu dan apa pandangan mereka terhadap produk kosmetik.
Ikuti laporan wartawan Utusan Malaysia, FAZRINA AYU RADUIAN dan jurugambar, MUHAMAD IQBAL ROSLI mengenai isu produk kosmetik berkenaan.
Jika tidak, masakan rakyat negara ini diunjur sanggup berbelanja sehingga AS$1.1 bilion (RM3.42 bilion) tahun lalu hanya untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan wanita berumur 18 hingga 30 tahun yang ditemui, pasti memakai produk kosmetik sekurang-kurangnya bahan asas seperti bedak kompak, gincu, pembayang mata atau pemerah pipi.
Perbelanjaan ini tidak mencakupi perbelanjaan lain seperti pakaian, produk penjagaan kulit, rambut dan penjagaan kesihatan.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
0 comments:
Post a Comment